Wednesday, December 11, 2013

Kuala Lumpur -Vientaine 22/11/12

Bermula dari rumah seawal jam 4am aku sekeluarga  sudah di perut teksi pakcik aku untuk ke LCCT..
Alamaklumlah...flight awal pagi...
Kami sampai di vientiane jam 9.10am (2.30jam flight )
Seleasai urusan semua aku terus ke Money changer untuk buat tukaran wang dr thai bath ke Loas Kipps.
Dari apa yang aku study currency Loas..ni kalau dah tukar kena habiskan semua. Jadi just tukar sikit yg penting lepas utk aku ke station bus utk beli tiket bus crossing ke Nong Khai.
Di luar airport ramai driver taxi yg offer utk hantar ke tujuan kami .
Tapi aku tolak bebaik..sbb dari apa yg aku baca ...keluar aje airport jalan sikit akan jumpa main Road.
Semasa nak keluar pon aku brjumpa ngan org kampung ( Malaysian) yang sama satu flight dia org pon keluar jugak tak guna taxi kat airport.
Arah tujuan aku sebenarnya nak gi Thailand ....Loas ni hanya batu loncatan aku aje...sebenarnya ade beberapa tpt menarik di Loas ni macam Luang Prabang (Loas Unesco world heritage Centre) dan Vang vieng (Backpackers Paradise). Naik tut tut dari airport ke Talat Sao bus station. Dekat Vientiane ni tak silap aku ade 3 bus station jadi kena tau mana nak pegilaa. Harga tiket bus dalam sekitar 15k kipps seorang dan mengambil masa dalam 1jam utk sampai Untuk ke Nong khai Thailand bus ni harus menyeberangi Sg Mekong dgn menggunakan friendship bridge. Mandangkan aku ade dekat 2jam sblom bas berlepas sempat la aku pusing pusing sekitar kawasan tu. Cari fridge magnet tapi harga bole tahan..cuma makanan halal aje aku tak jumpa Lagi satu kalau melintas jalan kena awas sikit sbb diaorang kat sana Lefthand drive...jadi laluan tu bertentangan dgn tpt kita. Takde apa pon kat area ni jadi cukup masa aku pon naik Bus ke Nongkhai . Lagi satu masa nak beli tiket bus boarder crossing ni kena produce passport. Semasa dalam bus tu terjumpa laa Org Kampung boleh laa layan cakap melayu balik hahaha..exchange view mn nk pegi...

No comments:

Post a Comment